Saturday, November 20, 2010

PELANGI KEHIDUPAN

Pelangi Kehidupan adalah rangkuman kitaran kehidupan yang kita lalui sepanjang hayat kita. Lantaran itu kita sering berhadapan dengan pelbagai perkara dalam kehidupan. Sejak mula dilahirkan sehinggalah ke saat ini. Apakah makna semua ini? secara sedar atau tidak kita telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, kejayaan dan kegagalan, kisah suka dan duka dan pelbagai lagi. Namun ini semua telah membuatkan kita menjadi lebih matang dalam menyelusuri kehidupan. Pelbagai persoalan kadangkala muncul, sesetengahnya dianggap sebagai satu cabaran, dugaan dan ujian dari yang maha kuasa. Mampukan kita mendepaninya? hanya ketahanan jiwa, minda yang sihat, kekuatan dalaman dan keyakinan diri menjadi sandaran. Hanya mereka yang berfikiran rasional mampu menangani persoalan yang muncul. Pelangi yang mempunyai pelbagai warna itulah menjadi nadi kekuatan individu dalam menangani pelbagai cabaran dalam kehidupan. 

No comments:

Post a Comment